untuk penduduk Jengka 7, Jengka 1, Kota Gelanggi 3 & Sungai
Tekam (Wilayah Jengka)
Tarikh: 28 Disember 2009 - 15 Januari 2010
Keterangan:
Selepas melalui Fasa Perubahan
Paradigma sepanjang Ogos - November 2009, satu himpunan telah
diadakan di setiap tanah rancangan terbabit untuk mengumpul dan
memetakan usahawan-usahawan yang sedia ada atau yang belum
mempunyai apa-apa perusahaan tetapi berminat untuk membina
peluang baru dalam perniagaan. Seramai lebih dari 140 usahawan
sedia ada dan baharu telah berjaya dikumpulkan dari
keempat-empat buah tanah rancangan terbabit. Mereka yang
tersenarai ini sedang menjanali satu fasa Pemetaan Aset.
Seterusnya data dan bancian yang telah dikumpulkan ini akan
diproses dan disatukan semula dalam Ekspo Usahawan ABCD (dijadualkan
pada penghujung Mac 2010) yang akan menemukan mereka dengan
agensi-agensi kerajaan / swasta.
2
Mentoring,
Coaching & Matching (MCM)
untuk Pembantu Fasilitator FELDA-OXCEL ABCD
Tarikh: 17 Februari 2010 - 5 Mac 2010
Tempat:
Ayer Keroh, Melaka.
Keterangan:
Projek
Perintis FELDA-OXCEL ABCD ini telah digerakkan bersama oleh para
beliawan generasi Felda yang terpilih dan dikenali juga sebagai
Pembantu Fasilitator. Mereka telah didedahkan dengan konsep asas
ABCD, pergaulan dengan masyarakat, menguruselia acara,
komunikasi antara perseorangan / kumpulan, dan lain-lain aspek
kepimpinan sejak bermulanya projek perintis ini dijalankan.
Sehubungan itu, adalah wajar Pembantu Fasilitator ini diberikan
suntikan tambahan MCM (Mentoring, Coaching & Matching) sebagai
persediaan mereka untuk menjadi pemimpin dalam membangunkan
masyarakat baik dalam aspek sosial, ekonomi & pendidikan
menerusi konsep ABCD. Sepanjang MCM ini berlangsung, mereka
diberikan khidmat nasihat & sokongan oleh beberapa tokoh-tokoh
terkemuka antaranya Dato' Ghazali bin Dato' Yusoff (Penasihat
OXCEL), Madam Teresa Dian Chew (Teresa Chew International (M)
Sdn Bhd), Dr. Christopher Hill (Nottingham
University Business School Malaysia)
dan En. Nizal Mohamad (bekas Pengacara TV3).
3
Kursus Pembangunan Homestay
Tarikh; 9 Mac 2010
Tempat; Felda Residence Tekam
Resort, Jerantut.
Jemputan Khas; Pengerusi Homestay
Programme of Malaysia Negeri Pahang
Tuan Hj Shariman Hamdan.
Peserta: Usahawan terpilih dari
Felda Sg. Tekam, Jengka 7, Jengka 1, Kota Gelanggi 3.
Keterangan:
Kursus ini bakal mendedahkan
kepada peserta tentang hal-ehwal pengurusan rumah hotel (homestay)
yang akan dijalankan di komuniti tanah rancangan masing-masing.
Menghubungkan usahawan dengan pihak berkenaan dalam
mempermbangkan potensi perusahaan usahawan ABCD ini menerusi
konsep Business Matching dalam menjayakan aspirasi 1 Skim 1
Projek. Antara pengisian yang bakal dilaksakan ialah ceramah,
sesi soal jawab, dan lawatan ke Felda Jengka 25 sebagai projek
sampel homestay.
4
Rombongan Pembelajaran ABCD ke Perth, Australia
Tarikh: 19
- 24 Mac 2010
Keterangan:
Seramai 3
orang wakil penduduk dari tanah rancangan perintis ini telah
dipilih - berdasarkan latarbelakang keusahawanan dan tahap
penglibatan dalam komuniti - bagi menjalani satu lawatan sambil
belajar mengenai pembangunan komuniti ABCD di Australia. Aspek
pembangunan yang ditumpukan pada lawatan ini ialah penternakan,
tekstil, perusahaan kek dan sistem ABCD yang diamalkan oleh
komuniti di Australia. Lawatan ini bukan sahaja memberi
pendedahan peserta kepada pengalaman dunia luar, malah memberi
inspirasi baru agar mereka lebih berdaya maju dalam membangunkan
ekonomi di komuniti rancangan masing-masing.
5
Ekspo Usahawan
ABCD
Tarikh Cadangan: 27 - 29 Mac 2010
Tempat: Felda Sungai Tekam,
Wilayah Jengka Pahang.
Keterangan:
Ekspo ini bertujuan untuk
menghimpunkan semua para usahawan yang telah menjalani Fasa
Pemetaan Aset dan menghubungkan mereka dengan agensi-agensi awam/swasta
yang mampu untuk melebarluaskan peluang usahawan-usahawan ABCD
ini dalam menjayakan projek ekonomi masing-masing. Usahawan ini
juga turut diberi bimbingan oleh Fasilitator OXCEL dalam khidmat
nasihat MCM (Mentoring, Coaching & Matching).
6
Pelancaran Buku - Pengenalan Asas kepada ABCD: Pengalaman
Sebenar di Felda)
Tarikh: 31
Mac 2010
Keterangan:
Hasil kajian dan dapatan daripada
pengalaman sebenar program ABCD di tanah rancangan Felda telah
dibukukan untuk rujukan umum hasil tulisan Dr. Kamari Kasan
(Fellow of OXCEL).